Tuesday, December 25, 2018

KELEBIHAN KURMA UTK KANAK-KANAK

Semua org tahu kelebihan buah Kurma. Ibu bapa dah ready utk 2019? Kita memang memerlukan KURMA utk anak-anak kita.

JOM BACA KEBAIKAN KURMA.
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

Selain kebaikan utk ibu mengandung, Kak Anom nak kongsikan kebaikan kurma utk kanak-kanak sebab anak sis suka sgt makan kurma.Kdg2 2 biji, kdg2 4 biji. Macam mkn jajan Sebab tu terhasilnya tamargo.Salah satu sebab juga sis adalah pengemar kurma. Bkn bulan puasa pun mmg kena ada bekalan kurma.

Buah kurma adalah di antara 20 buah yg terbaik di dunia tau.
Kebaikan kurma utk kanak-kanak ialah dpt menambah daya ingatan, imunisasi badan serta stamina yg tinggi. Jgn risau kala kurma tu manis. Takkan kena kencing manis pun sebab manis kurma mmg manis original.. Kurma pun boleh elakkan anak-anak dari kena penyakit yg tidak diingini. Stress kalau nak paksa anak mkn kurma? Boleh amalkan Tablet kurma mcm Tamargo.
Gambar anak bongsu yg suka makan kurma. Dia tolak sumi tu. :D




Monday, February 5, 2018

MY JOURNEY WITH TAMARGO & THERAPY

[MY JOURNEY] BIARKAN LUAHAN NI TERPAHAT DI SINI. TAK BACA PUN TAKPE. KALAU SAYA DH TAKDE ATLEAST ORG FAHAM.

Saya ni byk khilafnya. Byk dosanya, tapi Allah tetap syg. Allah tetap bagi apa yg saya nak. Walaupun sikit saya syukur. Tak penah sampai tak cukup makan. Belum lagi berlapar berhari2. Dengan meniaga byk yg saya dapat dan langsaikan. Byk dptkan settlekan masalah yg tersyg.

Dgn tamargo saya byk belajar. Belajar dari pelbagai sudut. Dgn customer, dgn staff,dgn stokis agent. Dgn rakan2 niaga lain juga.Dgn pelbagai lagi hal. Saya tak boleh tgk muka anak2 dan suami kalau diaorng tidur, rasa sayup hati kalau saya tak dpt bantu apa2 dlm Keluarga. Saya tak boleh dengar stokis agent saya mengadu yg diaorng susah here n there. Saya tak boleh dgr staff saya cakap diaorng susah. Saya tak boleh dgr kalau ayah call ckp dia takde duit. Saya tak boleh dgr rakan niaga saya mengadu diaorng susah. Tgk air muka diaorng saya tau diaorng susah.

Faham tak mcamana hati dan perasaan tu? Ramai org yg perlukan saya. Allah tu bagi ilham byk pada saya utk org lain. Allah bagi rezeki dan ilmu tak pernah putus pada saya tapi sebenarnya utk org lain juga.SYUKUR jadi Hamba terpilih.Saya buat yg saya termampu. Saya hadam dan belajar kat semua tempat utk sustained kan bisnes saya. Sebab kat bwh Therapy & Zabeau byk tanggungjawab dan amanah. Saya pernah tak tidur sebab fikir strategy. Belajar dan susun marketing dan misi visi company.Apa yg silap dan apa yg tersasar. Esoknya saya jalankan rutin mcm biasa. Tidur sekejap2. Dgn anak 4 org n baby yg masih menyusu. Faham tak macamana tough tu? Tapi saya ok Allah ada.

Kalau nak berjaya dan byk tanggungjawab, kena susun jadual, all out mcmana nak capaikan misi visi tu. Kalau tak all out dan buat dgn satu cara dan selesa, saya yakin anda akan dpt takat tu aje. Tawakal tu selepas dah usaha sehabis baik. Bukan ckup makan cukup tidur, bole lepak2 tgk cita kul 7 malam. Lepas tu bisnes biase2 terus ckp takpela aku Tawakal jek. MasyaAllah.
Tamargo dah byk juga bantu insan lain tambah pendapatan dan juga ilmu. Jadi doakan lah saya yg khilaf ni supaya lebih kuat dan rasional. Jgn lah dok dengki kat kami yg masih setahun jagung. Byk dah yg saya lalui. Saya tak penah lagi kondem produk lain. Saya jaga elok2 tuturkata kalau ada yg kata mkn Tamargo ok, yg lain tak ok. Saya ckp mungkin produk dia sesuai utk org lain. Dan sebaliknya.

Saya ingt pesan Ustaz Ebit Lew, kalau kita buat sesuatu kita tau amanah dan tanggungjwab kerana Allah, InshaAllah keberkatan dan hasilnya sgt berbeza.

Doa kan kakak diberi kekuatan lebih lagi utk jalankan tanggungjawab utk keluarga especially suami n anak2,staff, stokis dan agent. Diaorng ni semua amanah. Yg lain biar Allah yg bantu dan izinkan. NAWAITU SAYA SGT BERBEZA. Nak jadi Khalifah di bumi Allah ni tak mudah. Tapi saya tetap teruskan perjuangan utk lebih MEMBERI.

TERIMA KASIH YG SUDI BACA.TQ YG SUDI JUALKAN PRODUK KAMI DAN YG SUDI BELI DAN BANTU BAGI TESTIMONIAL. TERIMA KASIH ATAS DOA
Salam hujung minggu. Gambar hiasan nak pi keja bawak baby awal pagi. Hehe
FB www.facebook.com/anomabubakar

https://www.facebook.com/Tamargohq/
https://www.facebook.com/zabeaumalaysia/

My Journey,
Zabeau legacy
Therapy Boutique

Wednesday, January 17, 2018

7 TIPS ATASI SEMBELIT ANAK

MOMMIES JGN SERABUT NAK SETTLE KAN MASALAH SEMBELIT ANAK KECIL

MEH BACA TIPS DARI KAK ANOM

.
Anak sembelit? Konfem mak ayah susah hati. Anak Kak Anom sendiri, nak masuk 2 tahun, kdg2 terkerut2 nak membuang. Kesian nampaknya.Kdg-kdg menangis tersedu sedan.uwaaaa kita pun nak nangis sekali
.
Mcm2 cara dah buat, tinggal tak sumbat air sabun je mcm org dulu2.Tak sampai hati.
.
.
Actually, mcm2 cara ada utk merawat masalah sembelit pada anak2 ni. Tapi utk kali ni, ai nak share 7 tips paling mudah. Baca tau.







 BACA TIPS DI BAWAH :




#1 BUAT GERAKAN KAYUH BASIKAL.

Baringkan bayi dgn kaki ke atas, gerakkan kaki mcm tgh kayuh basikal. Gerakan ni dpt merangsang pgerakan najis dlm usus bayi.





#2 TUKAR BRAND SUSU

Kalau si kecik minum susu formula, cuba tukar brand lain. Mungkin terpaksa tukar 2-3 kali brand yg berbeza, smpai jumpa yg ok. Kalau ada bajet sikit, Kak Chik syorkan minum sus tepung kambing. Pilih yg pure tau?



 #3 BERI MAKANAN TINGGI SERAT


Kalau si kecik dah boleh mengunyah, cuba bagi makan buah dan sayur. Mungkin boleh buat puri.

.

Antara buah yg ok, buah betik, pisang. Cuba tau?



#4 BERI MINUM AIR KOSONG



Sama mcm org dewasa, berikan juga minum air kosong dengan kerap. Bg sikit2. Jgn bg byk sekaligus. Kang kembung pulak!





#5 KURANGKAN MAKANAN PNYEBAB SEMBELIT



Kurangkan makanan yg boleh sbbkan sembelit. Apa contoh makanan tu? Mknan yg byk garam, junk food, nasi yg berlebihan, daging, soft drink dan mcm2 lagi.




#6 SEIMBANGKAN MAKAN & MINUM



Kena balance apabila bagi anak makan dan minum. Jgn makan je byk, minum kurang. Begitu juga sebaliknya. Ingat! No soft drink ok?




.#7 TAMARGO







Selain itu Kak Anom cuba Tamargo, antara ramuan utamanya ialah kurma, yg ramai tak tahu, sgt bagus utk rawat sembelit. Bagi dlm 2-3 biji, InsyaAllah... Lawasla sik kecik nanti.


APA ITU TAMARGO?
=================

Tamargo Adalah Campuran ektrak2 di bwh :

1. Kurma - Sumber tenaga segera

2. Habatussauda - Meningkatkan kesihatan hati, merawat asthma
3. Kismis - Menguatkan daya ingatan
4. Susu kambing - Bantu perkembangan sel otak dan sel saraf
5. Madu - Mengubati batuk, meningkatkan tenaga
6. Buah tin - Bantu bentuk sel darah merah
7. Tambahan Probiotik - Meningkatkan immunisasi bantu lancarkan percernaan
8. Perasa koko dan tiada gula tambahan



       
.




Di luluskan KKM. 
Utk order wats app +60133383757
atau HQ kami di Butik Therapy Bangi Sentral 

Lawati facebook kami
www.facebook.com/tamargoHQ atau www.facebook.com/zabeaumalaysia

Saturday, December 16, 2017



EXCITED SGT NOW NI ADA YEAR END SALES KAT THERAPY BOUTIQUE BANGI SENTRAL

Ramai mommies2 grab sebab harga sgt2 diluar jangkaan. 
JOM VISIT KAMI DI BANGI SENTRAL (ATAS ABSOLUTE)
Atau page kami www.facebook.com/butiktherapy
website : www.therapyboutique.my

hotline : +60192122757
              +60133383757








Thursday, January 19, 2017

THERAPY SONOTRON BANTU BUANG KAHAK

Assalam hi semua,

Kisah bermula lepas baby Khaleef batuk mcm tak lepas kahak lebih 4 hari.Tiada selsema tiada demam.Tapi bila malam panas naik dari dada sampai kepala.Khaleef dari lahir memang anak yang baik. Tak pernah menyusahkan, susah nak merengek atau meragam yang tak tentu pasal. Tapi kali ni memang dia betul betul tak sihat.Kepala panas sampai 38.5. Berapa hari dah tidur tak lena.Pergi dua kali klinik dan kali kedua tu mintak juga doktor Neb kan.Balik tu dapatlah dia tidur lena tapi sekejap je.Malam tu panas balik badan dan ada kahak lagi masih weezing kat dada.Allahu kesian sgt.Menangis gak la Umi.Buah hati ni sakit kan. Nak menyusu pun dia sesak nafas.Tak tahu dgn kuasa Allah, solat mintak petunjuk.Tiba-tiba teringat pernah terbaca artikel tentang sonotron. So google punya google, immediate dpt no telefon, tapi hampa tempat dah penuh. Esoknya pun penuh.Dan terus walk in Sabtu sbb baby dah teruk sgt merengek.Alhamdulillah staff kat Sonotron ni baik sangat. Kalau kes2 emergency mmg diaorng boleh dahulukan kita.Syukur sgt


Before tu nak cita dulu,


APA ITU SONOTRON


Terapi Sonotron ialah rawatan tercanggih di mana ianya bebas drpd pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Ia memberikan kesan serta-merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan

Rawatan ini menggunakan teknologi daripada Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, hanya 0.43Mhz (kalau nak tahu, kebanyakan telefon mudah alih berfrekuensi tinggi iaitu sebanyak 900 Mhz). Jadi, boleh beza kan?Kaedah rawatan unik ini terbukti secara berkesan dan ianya selamat ke atas pesakit.


BAGAIMANA IA DIKENDALIKAN

Cahaya Pancaran Corona yang dihasilkan oleh Sonotron akan dihalakan ke arah tempat yg berkahak tanpa menyentuh anggota badan atau kulit pesakit. 

Sonotron menggunakan Corona Discharge Beam yang dihasilkan pada gelombang radio frekuensi rendah dikenakan kepada electrode di dalam alat yang dipegang (hand-held device). Alat sonotron ni berbunyi agak bising.Ada certain baby akan menangis sebab takut bunyi.Tapi baby khaleef relax2 lu..hehe..Rawatan sonotron sesuai utk baby dari lahir. Masa baby Khaleef buat treatment memang ada baby yg lagi kecik dari dia,Kesian sgt menangis2.Lepas buat sonotron terus terdiam n tidur.



Tengok muka dia nangis.Kesian sgt.Selalu tak macam ni.Tersenggih je.Hampir 5 hari tau


Dua kali pergi klinik dan kali kedua tu doctor suruh Neb je.Balik tu lena la sehari.Esoknya meragam balik,Uwaaa sian sangat


Inilah mesin Sonotron tu.Dikhabarkan berharga lebih 200k dan sudah berusia 20 tahun dlm dunia perubatan ( napa i tak tau ni) ermmmm..

 Ni la kali pertama treatment buat sonotron sbb dah stress sangat tak baik2.Google2 dpt contact no Pusat ni..Alhamdulillah hebat baby Khaleef tak nangis.Mommy or Daddy kena rajin agah anak.



Tgk baby hebat ni.Happy sgt dia dan sonotron ni tak menyakitkan pun






Tengok dia senyum lebar lega.

Yang ni kali kedua treatment.Lepas tu dia tidur lena habis






Alhamdulillah kalau dia dah ketawa besar tu memang dia dah baik la tu.Syukur sonotron jadi asbab utk Khaleef baik dari dari flu dan batuk.Tidur pun lena.Yeayyyy!!

Rawatan Sonotron dapat membesarkan liang tempat stuck nya kahak.So kahak akan meleleh di hidung,muntah atau keluar melalui najis. Baby Khaleef totally keluar kat najis.Memang sgt byk.

Selain tu saya juga
1.mandikan dia dgn lemon berserta steam kan dia,
2.buat tepuk percussion belakang dada, dan sapukan minyak buat sendiri,Olive oil dgn bawang putih yg di bakar.Tumbuk bawang putih dan campurkan dgn olive oil dan sapukan pada dada,ubun-ubun,serta tapak kaki.Tapi mama kena rasa dulu panas ke tak.Sian baby nanti.


PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DGN SONOTRON


  • Stroke
  • Gout
  • Asma (Lelah)
  • Bronkitis (terutama kanak-kanak)
  • Sakit Tekak/Batuk
  • Kayap/Ekzema/Kudis
  • Sakit Pinggang/Pinggul
  • Sakit siku/jari/lengan
  • Migrain
  • Angin ahmar (Strok)
  • Resdung
  • Sakit sendi lutut
  • Kaki terseliuh
  • Bengkak pada tapak kaki”
  • luka
  • ulser
  • Masalah kulit/ jerawat
  • Gastrik


Terapi Sonotron tidak boleh disyorkan sebagai kaedah rawatan untuk luka kencing manis (diabetic ulcer), arthritis (sakit sendi). 

Dimana Pusat Rawatan Sonotron ni?

Baby Khaleef dapat rawatan di :
Pusat Rawatan Sonotron Tawakal Bangi
NO.43A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
HoursOpen today · 8AM–12AM


(yg ni memang kena appoinment)
best sgt sebab staff diaorng sgt sgt baik dan friendly,Cuma memang kena appoinment.Orang tak pernah surut hehe

Tempat tempat lain sebagai rujukan


Klinik Dr Fauziah
NO 15, JALAN 2A/1, OFF JALAN ULU YAM BANDAR, BARU SELAYANG FASA 2A, 68100 BATU CAVES, SELANGOR. Tel: 03-61890753.
Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali
No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang, 54200 Kuala Lumpur. Tel 03 – 41083716


Moga bermanfaat untuk semua. 
Anom Abu Bakar, Therapy Bangi Sentral




Thursday, November 3, 2016

SET PAKAIAN SEDONDON IBU DAN ANAK TERBAIK DI BANGI SETRAL



Wow!! mommy2 mesti suka tajuk ni.Utk mommy yg busy dan tak sempat nak tempah kat mana2 tailor utk sedondon dgn pwincess bole la beli kat Therapy Boutique Bangi Sentral ni.Yg best kat sini, mmg setiap bulan pun ada set ibu dan anak ni.Dari blouse sampai jubah kekdah nya. Senang kan keja mommy tau.

Size yg available utk pwincess dari Size 2 tahun sampai 10 tahun n ada yg sampai 12 tahun.
Ni antara2 koleksi2 kat Therapy Boutique ni









Hah bykkan?? Jom mommy2 yg nak sgt beli bole visit page www.facebook.com/butiktherapy, whats app 0192122757 atau bole walk in ke butik Therapy kat Bangi Sentral (Level 3,lot bangunan sama Zawara atas byabsolute tau..Kalau nk tgk instagram bole visit la www.instagram.com/boutique_therapy




SET SEDONDON PAKAIAN IBU DAN ANAK

Wow!! mommy2 mesti suka tajuk ni.Utk mommy yg busy dan tak sempat nak tempah kat mana2 tailor utk sedondon dgn pwincess bole la beli kat Therapy Boutique Bangi Sentral ni.Yg best kat sini, mmg setiap bulan pun ada set ibu dan anak ni.Dari blouse sampai jubah kekdah nya. Senang kan keja mommy tau.

Size yg available utk pwincess dari Size 2 tahun sampai 10 tahun n ada yg sampai 12 tahun.
Ni antara2 koleksi2 kat Therapy Boutique ni









Hah bykkan?? Jom mommy2 yg nak sgt beli bole visit page www.facebook.com/butiktherapy, whats app 0192122757 atau bole walk in ke butik Therapy kat Bangi Sentral (Level 3,lot bangunan sama Zawara atas byabsolute tau..Kalau nk tgk instagram bole visit la www.instagram.com/boutique_therapy




Friday, May 15, 2015

DIA IDOLA SAYA!

NI BETUL BETUL BEAUTY WITH BRAIN
PUAN ROZITA IBRAHIM PENGASAS SENDAYU TINGGI




Kisah benar pendedahan gaya hidup Pengasas Sendayu Tinggi:
Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim. Semasa berbual-bual dengan beliau tempoh hari, beliau berkata...

"Ketika simpanan saya ada RM 8 juta di dalam bank, saya masih memandu MyVi. Sekarang pun saya lebih selesa memandu Toyota Prius dari rumah ke pejabat. Handbag saya pula hanya berharga RM 200 dari Guangzhou!"

Sambung beliau lagi....

"Bagi saya, kecantikan wanita itu pada 'otaknya'. Apa guna pakai barang-barang berjenama tetapi tiada 'otak' dan malas berusaha"
_________________

Dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat ketika ini, kata-kata Puan Rozita walaupun singkat namun wajar menjadi ikutan dan memberikan motivasi kepada semua.

EHSAN TENGOK TV ONLINE



KISAH HIDUP BELIAU BENAR BENAR BUAT SAYA TERKESIMA

Musibah Itu Adalah Rezeki
“YA Allah ya Tuhanku, aku ini sudah puas hidup susah, aku minta satu sahaja ya Allah, berikanlah aku kasih sayang, martabat yang mulia, petunjuk ke jalan yang benar dan aku ingin menjadi yang terbaik.

“Sekiranya Engkau berikan ya Allah, akan aku bantu wanita dan fakir miskin yang senasib dengan aku dahulu.”

Bagi pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, beliau tidak pernah melupakan janji-janji yang dibuat kepada Tuhan.Malah sehingga kini, setiap malam ketika menunaikan solat tahajud, beliau masih terus berdoa tentang perkara yang sama.Menurut Rozita, doa tersebut bukan bermakna beliau cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi kerana berhasrat menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik.“Saya mengaku saya bukan alim. Apa yang saya buat adalah kerana Allah. Saya pernah cuba meninggalkan janji-janji saya, tetapi jiwa saya keluh kesah,” akuinya ketika ditemui sebaik sahaja merasmikan cawangan terbarunya di Kuala Lumpur.
Selain cawangan tersebut, Rozita, seorang wanita yang asalnya tidak punya apa, kini telah mempunyai dua cawangan perniagaan Sendayu Tinggi, masing-masing di Bukit Tinggi dan Bukit Raja, kedua-duanya terletak di Klang. Selain turut mempunyai sebuah kilang sendiri di Pelabuhan Barat.
Berpegang kepada pepatah “Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat,’‘ Rozita tidak seperti kebanyakan wanita lain yang hanya berserah kepada nasib tetapi bangun melawan kemiskinan yang melingkungi hidupnya sehingga kini muncul sebagai antara wanita paling berjaya.

Apa perasaan puan sekarang?
Sebenarnya saya macam tidak percaya rezeki yang Allah beri. Tetapi jauh di sudut hati, semakin hari saya semakin takut dan berdebar. Tak tahu kenapa. Mungkin takut orang kata. Kita ini hendak mendapat sebuah kejayaan memang susah. Tetapi untuk mengekalkannya lebih susah. Mampukah saya mengekalkannya?

Pernah terfikir sampai ke tahap hari ini?
Tidak pernah termimpi atau terkeluar dari mulut yang saya akan ada walau RM1 juta kerana apa yang saya harapkan ialah dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang menyebabkan saya hidup melarat.

Bagaimana puan melihat kejayaan ini?
Kalau kata bersyukur ya. Tetapi hendak kata bangga tidak. Kalau sebelum ini saya belum naik, saya buat ucapan tanpa membaca skrip, tetapi bila ada cawangan begini, macam-macam bermain di fikiran. Mampukah saya mempertahankan perniagaan ini? Mampukah saya membayar hutang dan buat yang lebih baik lagi?

Apa yang membimbangkan puan?
Saya tidak mahu orang cakap peniaga Melayu ini `hangat-hangat tahi ayam.’ Saya juga takut saya mungkin jadi riak. Saya hendak menjadi seorang ikon. Saya pernah ditawarkan gelaran Datuk tetapi kurang berminat kerana niat saya buat bisnes, bukan hendak menjadi ahli politik atau hendak terkenal atas nama Da-tuk. Saya hendak orang kenal saya sebagai seorang perempuan yang susah, yang prihatin tetapi mempunyai semangat tinggi dan boleh membimbing perempuan lain melalui perniagaan Sendayu Tinggi.

Usaha ini merupakan satu perjuangan?
Pada saya ini satu jihad kepada diri sendiri. Pada saya, tanpa rezeki, tanpa kesihatan, kecantikan dan pelajaran, martabat itu tidak akan wujud. Dalam keluarga, saya rasa kalau suami tidak boleh pandang kita, kita pun tidak boleh menyumbang banyak kepada keluarga, saya rasa rugi hidup sebagai perempuan.

Kalau perempuan zaman Rasulullah atau perempuan yang berfikiran secara kampung, mereka kata, tidak apa, suami ada, dia boleh sara, anak-anak akan beri duit. Konsep hidup saya, tidak pernah mengharapkan bila tua nanti anak-anak jaga, saya tua nanti, suami ada. Dari dulu saya tidak reti hendak meminta-minta.

Dari mana puan dapat kekuatan ini?
Saya pernah bercerai. Saya pernah mengalami kehidupan yang teramat susah. Tiada siapa pandang saya. Saya sendiri kata, kenapa saya mesti menjadi seorang petani? Saya rasa saya muda, bertungkus-lumus membanting tulang, bersengkang mata untuk hidup. Anak dalam keadaan bahaya kerana ditinggalkan untuk mencari rezeki sehingga tengah malam. Sampai bila saya harus begini? Mesin atau kereta sekalipun, kalau lasak sangat boleh rosak enjin. Walaupun saya tidak mempunyai pelajaran tinggi, tetapi kalau Lim Goh Thong boleh berjaya, kenapa saya tidak boleh menjadi sepertinya?
Saya bertanya sampai bila hendak jadi macam ini? Hidup melarat. Apabila fikir balik, saya bersyukur kenapa saya tidak disayangi oleh orang (sebak) sebab menganggap anak perempuan membawa malang. Disisihkan, dihina, dinista. Saya malah berterima kasih dengan seksaan yang diterima. Jika saya dimanja, dibelai, dipuja, saya tidak akan jadi seperti hari ini.
Saya senang bukan kerana peninggalan harta emak ayah, bukan kerana pelajaran, bukan kerana dorongan suami tetapi kerana kekuatan jiwa sebagai seorang ibu. Saya rasa bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak. Saya tidak mahu kerana kelemahan terlalu menaruh harapan - tak mengapa, suami sara saya. Tak mengapa anak-anak akan jaga saya, akhirnya masa depan anak-anak saya gelap.

Boleh gambarkan kesusahan masa lalu?
Saya pernah bersalin ketika itu ada duit hanya RM1.85 sen. Saya pernah bersalin (anak ketiga) tanpa ada bidan. Lahir sendiri, tidak ada lampin. Saya tidak pernah menangis kerana miskin. Tetapi sebab anak, saya menangis. Saya miskin dan tidak makan, saya tidak hairan. Saya minta kain buruk dari rumah orang, saya kata untuk buat kain lap (kesat) kaki. Sebenarnya saya hendak balut anak saya. Basuh pinggan pakai berus sabut. Setiap kali Hari Raya, saya tidak pernah tunjuk pada emak yang saya miskin, tidak pernah balik raya. Saya beli baju lelong 50 sen untuk anak-anak.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ialah makanan saya kalau setakat nasi berlaukkan sayur atau tidak makan, sudah jadi macam lali, tidak rasa apa. Kalau orang tengok saya berimej korporat, sebenarnya saya tidak selesa berkawan dengan orang korporat. Saya lebih selesa berkawan dengan orang macam saya dulu. Sebab saya rasa itu adalah saya. Apa yang orang tengok saya sekarang, adalah sebagai pengasas sebenarnya. Saya terpaksa membawa diri saya - orang tengok nampak cantik tapi hakikatnya jiwa saya masih jiwa saya yang dulu.

Apa pengajaran yang puan belajar daripada pengalaman ketika hidup susah?
Bila saya pernah hidup susah, orang tidak menghiraukan saya, nyawa pun tidak ada nilai, sengsara dalam usia muda, saya kata, beri masa umur saya sebelum 40 tahun, saya mesti dapat sesuatu, sekurang-kurangnya rumah sebuah, kereta dan sedikit simpanan untuk hari tua.
Tetapi bila saya sudah berjaya, kalau hendak duduk senang lenang memang boleh, tetapi saya fikir balik, saya tidak boleh mengambil keputusan seperti itu, ramai perempuan lain yang boleh saya gilap. Mungkin kalau tidak jadi macam saya, dapat pendapatan antara RM50,000 atau RM100,000 sebulan pun sudah memadai.
Kebanyakan net working saya dapat angka itu. Saya rasa gembira. Saya selalu pesan pada net working saya, ingat asal-usul kita. Kekayaan, kemiskinan adalah ujian. Kalau niat untuk jihad, insya-Allah rezeki itu akan berkat, hati akan damai.

Puan belajar dari kehidupan sendiri?
Alam sekeliling adalah universiti saya. Kebanyakannya saya belajar daripada susah payah kehidupan. Saya sebenarnya tidak suka tengok sikap perempuan yang percaya perkahwinan adalah satu jaminan hidup. Pada saya perempuan ini sebenarnya bijak. Perempuan boleh berkembang. Walaupun tanpa pelajaran, banyak suri rumah berjaya buat jualan langsung.
Saya duduk dengan emak tidak lama, sebab berkahwin atas pilihan keluarga. Hidup saya tertekan. Sebab itu saya nampak setiap musibah yang datang adalah satu rezeki yang kita tidak tahu tetapi Allah turunkan. Kerana itu saya kata, kita patut belajar daripada musibah. Kita tidak boleh anggap sesuatu benda itu kemalangan, contoh macam anak saya meninggal dunia. Orang tuduh punca anak saya mati lemas kerana perceraian. Kita perlu menerima takdir dengan terbuka. Kita patut melihat kesilapan kita yang lepas mungkin Allah balas sebagai penyucian dosa. Dalam masa sama, kerana orang tuduh saya tidak bertanggungjawab, saya buktikan kerana sayalah, anak-anak saya hari ini mendapat yang terbaik.

Mengapa berlaku tuduhan begitu?
Mereka menyalahkan saya kerana sakit hati, saya bercerai. Masa itu, anak balik kampung, bercuti, saya pula bekerja di Kuala Lumpur. Jadi mereka menyalahkan saya, “itulah emaknya pergi cari duit, anak mati lemas sebab dia lah tu.” Lagi satu, saya tengok sikap orang yang berfikiran sempit. Mereka selalu memandang negatif kepada orang lain. Mereka menganggap perempuan yang menjadi ibu tunggal ini sebagai beban. Bagi saya, perempuan ini bersikap lemah, mereka perlu disayangi, diberi perhatian tetapi dalam masa yang sama juga, saya menyalahkan kaum perempuan itu sendiri.

Kenapa?
Kerana perempuan menggunakan kelemahan mereka untuk meraih simpati dan untuk menangis. Orang selalu berpandangan negatif kepada perempuan yang bercerai. Mereka kata, “baru kau tahu, baru kau rasa.” Kita patut beritahu pada diri sendiri, perceraian bukan satu benda yang sakit. Kita tidak akan mati kerana perceraian. Tetapi kita mesti buktikan walaupun bercerai, kita boleh hidup. Saya sering beritahu kepada ibu-ibu tunggal bahawa setiap perempuan itu mempunyai aura sendiri. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri.

Bagaimana puan menghadapi tuduhan?
Saya tidak menyalahkan mereka. Orang boleh tuduh atau cakap apa sahaja. Saya kena buktikan, mungkin kalau bukan tahun ini, tahun yang akan datang.
Sebab di mana saya waktu itu? Saya mencari rezeki, anak saya meninggal masa dia tidak ada bersama saya. Tetapi saya lawan balik perasaan itu. Saya kata, ini adalah qadak dan qadar. Mungkin orang menuduh saya sebab Allah hendak menegur saya. Bila saya cakap begitu, maknanya, orang yang mengata saya tidak salah dan saya kata diri saya juga tidak bersalah. Jadi saya rasa ringan. Dan jalan terbaik ialah memperbaiki diri sendiri.

Apa yang berlaku selepas itu?
Dua tahun saya tidak boleh tengok air. Dalam masa yang sama anak itu meninggal, saya mengandung dua bulan. Tetapi saya kuatkan semangat. Saya cakap pada diri saya, hidup harus diteruskan. Kalau saya ikut tension, anak dalam perut mungkin akan menerima kesan. Saya dekatkan diri dengan Tuhan, cari rakan yang boleh dipercayai untuk beri saya ketenangan.

Apa tindakan puan selanjutnya?
Bila saya tengok orang banyak memandang remeh terutama apabila kita miskin, tiada pelajaran, hidup susah, saya cuba berjanji pada diri sendiri - saya hendak hidup seperti orang lain. Saya hendak ada maruah dan martabat diri sendiri, mahu jadi seseorang. Alhamdulillah, saya dapat kerja, sebagai pegawai pengurusan harta. Kemudian saya cakap pada diri hendak menjadi pemilik syarikat. Sekali lagi Allah tunaikan.
Satu pengajaran yang saya dapat ialah saya dapat mendidik orang yang memandang sinis terhadap saya sebelum ini, malah mereka semua baik dengan saya sekarang.

Puan tidak berdendam dengan orang yang memandang hina pada puan dahulu?
Tidak kerana bagi saya, memaafkan seseorang itu adalah saat-saat yang indah - kata Fauziah Latiff - Dendam Yang Terindah. Tetapi jauh di sudut hati saya ada rasa sedih, sebab orang sayang bukan kerana ikhlas tetapi sebab kejayaan saya sekarang.

Awal tadi puan kata tiada kelulusan, bagaimana boleh mendapat kerja yang baik?
Terus terang saya katakan, saya juga pernah bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat percetakan selain bekerja di hotel. Saya sebenarnya bijak semasa sekolah. Peperiksaan tidak pernah dapat lebih daripada nombor empat. Memang saya pernah tinggal di Felda tetapi selepas bercerai saya duduk di bandar. Di bandar, saya nampak saya mesti ada sesuatu untuk memajukan diri. Saya perbaiki kehidupan dengan mengambil kursus-kursus tetapi hanya di peringkat asas. Saya belajar selok-belok komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya.
Semasa bekerja sebagai pegawai pengurusan harta, saya melihat kelemahan mentaliti dan sikap orang Melayu. Saya mengkaji kelemahan mereka untuk dijadikan iktibar supaya saya tidak menjadi seperti mereka. Semasa saya minta kerja ini, saya beritahu saya pernah bekerja sekian, sekian, tetapi saya tidak bawa sijil kerana hilang. Walhal memang tiada sijil. Saya terpaksa menipu. Saya kata, beri saya peluang enam bulan. Kalau saya mampu buat kerja, ambil, jika tidak, buanglah saya. Alhamdulillah, saya dapat buktikan yang terbaik. Saya bertahan selama 10 tahun. Dalam masa yang sama, saya mula mencuba perniagaan Sendayu Tinggi.

Berapa modal permulaan puan?
Saya bermula dengan modal RM400, hasil gadaian barang kemas. Semasa di pengurusan harta, saya banyak terlibat di bahagian promosi dan operasi. Bila pelanggan datang, saya akan tanya, sudah kahwin ke belum atau mungkin ada masalah keluarga. Kemudian saya akan syorkan mereka menggunakan produk herba saya. Suami-suami yang datang jumpa saya selepas itu mengaku isteri mereka macam anak dara. Dari situ perniagaan saya berkembang.
Kemudian saya cuba pula menjual ubat menguruskan badan. Pada awalnya tidak laku kerana saya sendiri gemuk. Apabila saya kurus, saya keluarkan gambar semasa gemuk dan tunjuk perbezaan sebelum dan selepas makan ubat. Sebenarnya saya cuba buat pinjaman bank tetapi ketika itu bank tidak layan. Alasan mereka, belum ada perniagaan herba yang berjaya di Malaysia. Saya sakit hati. Saya kata pada diri sendiri, saya akan buktikan yang saya boleh berjaya. Saya tidak perlukan bank untuk berniaga. Dan saya semat dalam hati, mungkin satu hari nanti bank yang akan datang mencari saya. Betul. Sekarang semua bank cari saya.

Apa reaksi puan?
Biasa sahaja. Bagi saya bank mana yang boleh bagi kadar paling rendah saya ambil. Sebenarnya hendak berniaga kita tidak perlu ada modal banyak. Yang penting kita ada keyakinan diri, apa yang kita buat bagus dan jangan tipu. Buat ikhlas kerana Allah. Jadilah nanti

Formula kejayaan puan?
Saya fokuskan minda saya dengan kata-kata. Dan saya akan berusaha ke arah itu.


Falsafah hidup puan?
Saya sentiasa ingat pesan bapa, jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda bodoh - minum arak. Pesan saya pada diri saya - jangan riak dan takbur.

Bagaimana sikap puan sebenarnya?
Saya mempunyai banyak karakter. Saya boleh menjiwai sebagai seorang perempuan kampung, sebagai wanita korporat, ibu dan hakikat yang orang tidak tahu ialah orang nampak saya lemah lembut tetapi sebenarnya saya sangat tegas dan keras hati. Tiada apa yang boleh mengatakan tidak dalam kamus hidup saya.
Kalau saya hendak sesuatu, saya pasti akan dapat. Sebab pada saya, dalam dunia ini tiada perkara yang tidak boleh. Selagi tidak cuba, kita tidak akan tahu. Itu diri saya yang sebenar. Di rumah, saya adalah ibu dan isteri, seperti suri rumah yang lain.

Hobi puan?
Memasak dan tengok orang makan apa yang saya masak. Saya juga suka menghias. Semua pejabat saya, saya hias sendiri. Selain itu, saya suka melihat satu benda mustahil tetapi boleh menjadi kenyataan.

Apa yang pelik tentang diri puan?
Saya tidak suka pakai kasut. Saya biasa turun kereta, kejar orang dengan berkaki ayam semata-mata untuk memberi sedekah. Saya juga masih berkeliaran di pasar-pasar termasuk pasar borong dan pasar malam. Saya masih shopping di kedai-kedai bundle. Saya tak pernah rasa malu untuk berpakaian begitu sebaliknya saya rasa lebih cantik.

Puan seorang yang kedekut dan memakai pakaian berjenama?
Kalau saya kedekut saya tidak akan membantu wanita-wanita malang dan fakir miskin. Pada saya, daripada kita membazir duit tidak tentu fasal, membeli kereta mewah dan pakaian mahal, lebih baik kita sedekah duit buat amal jariah. Kita membeli pakaian berjenama, padahal kalau beli di Petaling Street, sama sahaja.

Orang kata puan pun semakin berubah?
Kalau orang kata kemewahan boleh mengubah saya, tidak. Orang nampak saya mungkin sebagai pengasas (Sendayu Tinggi) tetapi saya tetap saya yang seperti dulu.

Apa makna perkahwinan bagi puan?
Pada saya, tidak guna kalau kita berkahwin tetapi perasaan kita terseksa. Kita cuba mendapatkan kebahagiaan itu tetapi daripada kita kena pukul, sakit hati, tiada komitmen dalam kehidupan, saya rasa lebih selesa mengakhirinya, saya tak nak `sakit.’ Malangnya orang anggap saya berkahwin banyak kali kerana suka-suka. Saya sedar banyak kata-kata di luar tentang saya. Orang boleh bercakap apa sahaja. Tetapi saya yang melalui kehidupan, saya tahu apa yang berlaku dan apa perlu dibuat.

Ada orang kata puan gila glamor, suka promosi diri sendiri menerusi iklan?
Kalau saya guna model orang lain, dia tak pakai Sendayu Tinggi, dia cuma jual produk. Tetapi itulah diri saya sebenarnya - pergi ke hutan, berjumpa nenek kebayan yang mempunyai rahsia kesihatan terbaik. Saya daripada perempuan biasa yang tiada apa-apa, kemudian menjadi lebih berkeyakinan setelah menggunakan Sendayu Tinggi.

Iklan itu kisah benar?
Itulah apa yang berlaku sebenarnya. Ia kisah diri saya. Tetapi nenek tersebut bukan nenek kebayan, tetapi bidan tua yang uzur. Saya pembuat, saya pengarah dan saya pengasas. Mudahnya saya adalah Sendayu Tinggi dan Sendayu Tinggi adalah saya. Kalau ada orang kata saya cuba promosi diri semata-mata kerana mencari glamor, saya rasa saya boleh buat lebih daripada itu.

Apa harapan puan?
Saya hendak mendapat satu kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan penuh berkat. Sebab saya rasa kalau kaya sahaja, hati tidak tenteram, tidak guna.
Hebat bukan? Jika anda fikirkan anda pernah melalui satu zaman kesusahan, maka fikirkan pula beliau

TQ SO MUCH PN ROZITA.U REALLY INSPIRED ME
INSHAAALAH SAYA CUBA JADI YG LEBIH BAIK DAN LEBIH  BESEDERHANA