Wednesday, January 29, 2014

THE VIRUS ATTACK US!!

Assalam fans n frenss

Saya adalah suri rumah,peniaga online dan hanya keluar bila perlu sahaja. Untuk pergi makeup atau  urusan yg penting sahaja.       
Ini adalah sekadar perkongsian pengalaman yg terjadi kepada saya dan tiga anak2 saya..Bermula dari anak yg paling kecil baru setahun, muntah2 dan cirit birit..Saya dan suami sangkakan food poisoning atau simptom yg biasa berlaku pada anak yg sedang membesar. Mungkin juga disebabkan kaisara yang sudah mula menjadi 'project manager' mengutip dan memasukan semua ke dalam mulut. Terkena virus yang biasa. Pada malam kejadian, si kecil muntah dari jam 11 malam sampai 1 pagi sebanyak 4 kali, mana mungkin boleh bersabar..Keesokan hari saya terus bawa si kecil ke klinik setelah muntah 3 kali walaupun sedang susu badan.Its blotted!

Klinik pakar sekarang pun memang penuh macam hospital kerajaan kan..Bayangkan harus pula menunggu 4 jam..Emergency juga menolak kami untuk ke pakar kanak-kanak..Doktor favourite kami Dr Arbaiyah (Annur) merawat dan menyatakan ITS AN EARLY STAGE OF ROTAVIRUS...Waktu itu Allah sahaja yg tahu perasaan ini..Bukan tidak pernah mengambil dos utk beliau..Complete 3 dose before 6 bulan. Bygkan anak sekecil itu muntah dan cirit yg banyak..Oh nasib baik hanya early stage..Masih sempat diselamatkan dan tak perlu masuk wad. Dalam wad Annur sahaja sudah ade 12 kes rotavirus yg harus diwarded kan..Azzarah juga 10 kes. 

Berbekalkan Probiotik, anti dhyrea, beras perang (enertri) dan air alkali (aoceanic) keesokkannya dia mula normal tapi...menjangkit kpd abg2 yg berusia 6 dan 3 tahun..Paling teruk anak yg ke dua.Muntah dan cirit 3 kali sepanjang 3 jam. Abang pula muntah sewaktu sarapan di meja. Tercirit semasa buang angin.Ya Allah dugaan sangat..Sebelum ke klinik, kami hanya beri anak2 mkn enertri iaitu beras perang dan air alkali pH 10..boleh google tentang aoceanic n enertri ni..Selepas beberapa jam saya rasa saya pening dan mual.Adakah saya mengandung?? Oh tidak..Saya juga dijangkiti virus ROTAVIRUS kerana jangkitan virus rota boleh dijangkiti dari najis terus ke mulut.Mungkin kerana saya yg merawat anak2 saya. Dalam keluarga hanya Suami sahaja yg sihat. Saya tidak mengambil sebarang ubat,hanya enertri dah air pH 9.5 dan saya rasa antibodi badan saya lebih kuat berbanding anak2. Juga kuasa minda dan semangat dari suami. Tapi masih mabuk seperti perempuan mengandung dan cirit yg tidak berlarutan. Cepat letih dan nak tidur je rasa. Kadang-kadang nak marah.Mudah-mudahan anak-anak saya akan sembuh sediakala. InsyaAllah








Sesiapa yg mengenali kami pasti tahu,saya dan suami adalah orang yg paling teliti tentang injuksi dan imunisasi anak-anak.Daripada yg wajib atau yg pilihan..Contoh seperti pneumococoal juga. Tempat merujuk memang byk.Tapi kalau Allah kata itu akan berlaku ia tetap akan berlaku juga.Doktor kata, bayangkan jika tidak mengambil imunisasi rotavirus ini.Mungkin akan terjadi yg sukar kami jangka.

PUNCA
Saya sangat pasti jangkitan ini berlaku sewaktu saya ke tesco.Tempat orang ramai dan di waktu itu hari cuti.Ramai kanak-kanak bermain di tempat permainan dan saya pasti ada ibu bapa yg membawa anak2 yg sakit waktu itu..Saya juga terlupa membawa sanitizer padahal saya la org yg paling pembersih.Kuman dan virus memang ada dimana-dimana.Saya sarankan berhati-hatilah ketika membawa anak keluar.Juga kepada ibu bapa yg menghantar anak ke taska. Pastikan la anak2 anda semua mengambil dos utk mencegah.



APA ITU ROTAVIRUS
Rotavirus adalah virus yg amat mudah berjangkit melalui sentuhan dan pemakanan yg tercemar.Ia boleh hidup dan bertahan diatas permukaan atau objek yg kering untuk beberapa hari contoh seperti permainan kanak-kanak, tombol pintu atau lantai. Paling mudah berjangkit adalah kanak-kanak berusia dari bayi hingga ke 24 bulan dgn tanda-tanda awal seperti muntah dan cirit birit.Virus ini juga bertahan selama seminggu didalam najis pesakit. Kanak-kanak yg berusia bawah 2 tahun yg dijangkiti adalah sgt bahaya dan boleh membawa maut.Perkataan Rota adalah bermaksud roda kerana virus ini berbentuk roda apabila dilihat dari mikroskop.

Simptom rotavirus 
Muntah dan cirit  berlarutan. Najis berbentuk air.Selepas itu akan demam kerana mengeluar kan air yg berlebihan (dehidrasi).Untuk kanak-kanak yg berusia kurang 2 tahun adalah sangat bahaya kerana kemungkinan usus mereka akan luka dan akan kehilangan enzim laktase.Mereka juga akan cepat letih,bibir kering dan kurang tenaga.

Bagaimana Mencegah Imunisasi ini diberikan 3 kali saat bayi berusia 2, 4 dan 6 bulan. Seorang bayi harus mendapatkan imunisasi lengkap (3 dosis) jika ingin terlindungi maksimal dari Rotavirus. Jadual pemberiannya pun sangat ketat. Untuk dos pertama harus diberikan saat anak berusia 2 bulan atau tidak lebih dari 12 minggu. Setelah usia ini, imunisasi ini tidak lagi efektif. -Ehsan google

Jika dirumah pastikan basuh tangan sebelum penyedian makanan atau apa sahaja.Pastikan semua peralatan dibasuh bersih.Jangan biarkan makanan terdedah.Basuh semua baju dengan kerap.Mop lantai dan vakum. Basuh puting anda sebersihnya sebelum memulakan penyusuan.Botol dan puting harus di steril air panas. 

Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai sabun dan sanitizer di dalam beg. Pengambilan dos imunisasi adalah penting walaupun kos nya agak tinggi.Mencengah lebih baik dari mengubati.Kos perubatan untuk merawat rotavirus juga mencecah ribuan.Apalah salah nya jika kita membelanjakan sedikit utk anak2 kita. Mereka itu adalah harta akhirat yg pasti.


JUST MY 2 CENTS

Ehsan google dan Dr. Varughese Koshy
Pakar Pediatrik (DEMC) Shah Alam


No comments: